Saturday, November 7, 2015

Aku Dan Fibroadenoma...

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dan terima kasih kepada semua saudara mara, rakan2 yang mendoakan kesihatan saya..terharu yang teramat sangat...huhuhu

Al kisahnya baru-baru ni aku baru je selamat menjalani pembedahan kecil dengan complete bius seluruh badan utk membuang Fibroadenoma. Tgh baring2 berehat rasa terpanggil lak nak berkongsi  tentang Fibroadenoma ni. Mungkin entry ni memberi manfaat kpd wanita di luar sana. Ini adalah kerana penyakit ni bukan tertumpu pada golongan berumur je..remaja pon tak terkecuali ada yang terkena..

Ok..Apa bendanya Fibroadenoma ni? Mengikut pembacaan dan experience sendiri, Fibroadenoma adalah sejenis breast lump (ketumbuhan berupa benjolan tisu keras) yang bukan kanser. Ia mudah bergerak di bawah kulit. Ia juga boleh mengecil atau membesar dan sesetengahnya akan hilang begitu shj. Terdapat dua keadaan mereka yang mempunyai fibroadenoma iaitu tidak sakit atau sakit jika disentuh. Ia juga berkemungkinan menjadi kanser jika membesar atau mempunyai tanda kanser yang lain. Walaupun peratusan menjadi kanser adalah kecil, pesakit masih perlu berhati-hati dan perlu mendapatkan rawatan.

Bila perasan je ada rasa something abnormal kat bhgn breast terus gi klinik berdekatan..doctor kat klinik tu sahkan memang ada ketulan. doctor tu keluarkan referral letter dan ada juga cadangkan beberapa hospital yang bole aku dapatkan rawatan.
Sebab taknak tunggu lama aku pilih KPJ Selangor memandangkan situ je surgeon perempuan yang ada. Alhamdulillah..Ketika mendapatkan rawatan, surgeon di hospital tersebut mengarahkan utk membuat ultrasound..Haaa...hamikk dah 5.6cm!! Rawatan seterusnya sample tisu diambil (biopsy) utk di diagnose bagi mengenalpasti samada ketumbuhan tersebut adalah kanser ataupun bukan..Alhamdulillah ia bukan lah kanser..fuhhhh!! Walaubagaimanapun kena jugak di buang sebab dah terlalu besar dikhuatiri mendatangkan mudarat di kemudian hari..

Jumaat 6.11.2015 jam 11.30 pagi aku ditolak ke bilik bedah, dengan keadan mulut terkumat kamit istighfar (punyela kecut perut feeling mcm nk bersalin pn ade..hihi) sampaila aku tertidur kesan ubat bius..bukak je mata semuanya dah selesai..Aku tgk jam dah pukul 1.00pm..(nyenyak sungguh laa :p) Syukurlah segalanya dh selamat..Hasilnya inilah harta karun yg dijumpai..


Tuesday, May 28, 2013

CHOCOLATE MOUSSE CAKE

Alhmdulillah berjaya nyiapkan chocolate mousse cake ni..nervous jgk nk amik order ni.Maklumlah baru je belajar beberapa hari yg lepas...customer ni excited nk rasa..hehe..tp syukurlah segalanya berjalan lancar..Amacam...ok tak? hehe



Saturday, May 25, 2013

KELAS DEMO KEK CONTINENTAL EKONOMI

Assalamualaikum...nk citer ni.hehe.Baru2 ni sy join kelas demo  bersama sifu yg x asing lg di kalangan bakers ,sape lg klu bkn  kak Zalina Yahaya...mmg best sgt...penyampaian yg sempoi..kek nye pn yg pada asalnye sempoi ,bak kata kak Zalina 'kek sponge bodo' bole brtukar mnjadi kek yg glammm sgt2..sgt teruja dan rasa sgt berbaloi join kelas ni..walopon jauh ke soromban nu den redah jo...thanks kak Zalina..labiuu...

nak tgk x kek2 yg glamm sgt2 tu....ni haa dia...






Kpd yg dh meleleh tu sila lap ayaq lioq tu naaa....kihkihkih

Oklahh...yg aweks bwh ni lak geng2 bakers sy ;)..kak Maryam n Lya...power tuh wat kek...aweks la sgt kann..mak2 org ng bini org tu..hehe...nxt time ade rezeki kite g nuntut lagi k ;)







Friday, May 17, 2013

Thursday, May 16, 2013

KEK 4KG

Kek sempena Hari Guru
Tempahan guru2 SMK Shahbandaraya,Klang
Kek Sponge Blueberry


Tempahan guru2 SMK Tinggi Klang
Kek Sponge Blueberry